Monday, April 5, 2010

Kalau mahu buang Samy Vellu menangkan G Palanivel.

Penamaan calon bukan Melayu atau Melayu tidaklah seharusnya menjadi isu perkauman oleh pihak mana pun sebaliknya memilih seorang yang telah terbukti dapat memberikan khidmat dengan baik dan senantiasa prihatin terhadap rakyat sewajarnya menjadi kriteria pemilihan kepada pengundi.

www.malaysiaaktif.com

KOPITIAM TALK
5 April 2010


Kemenangan seorang calon BN bukan Melayu di pilihan raya kecil Hulu Selangor kelak bukanlah bererti kekalahan kepada orang Melayu tetapi akan membangunkan keyakinan di seluruh negara bahawa rakyat mulai kembali kepada BN untuk meneruskan agenda Melayu di samping mengamalkan Model Ekonomi Baru yang akan lebih adil kepada semua.

Sekalipun PKR meletakan seorang calon Melayu, tetapi kemenangannya kelak akan lebih membimbangkan orang Melayu yang telah dibuktikan oleh tindak tanduk kepimpinannya Anwar Ibrahim yang lebih mengutamakan matlamat untuk mendapatkan kuasa dari menjaga maruah bangsa.

Anwar telah memberikan semangat baru kepada perjuangan Malaysian Malaysia yang dijuarai oleh DAP. Kemenangan setiap calon Melayu PKR adalah memberikan rangsangan baru kepada DAP

UMNO mesti membuktikan kepada bukan Melayu bahawa betapa pun tekanan yang cuba didatangkan ke atas mereka oleh bukan Melayu tetapi UMNO tidak mudah melatah dan melupakan janji untuk bersama dalam konsep berbilang kaum BN.

Maka itu meletakkan seorang bukan Melayu untuk bertanding di kawasan tersebut sewajarnya di pandang dengan positif oleh seluruh orang Melayu di kawasan Hulu Selangor termasuk mereka yang selama ini menyokong parti pembangkang yang telah melihat betapa maruah Melayu diinjak-injak di bawah PKR.

Penamaan calon bukan Melayu atau Melayu tidaklah seharusnya menjadi isu perkauman oleh pihak mana pun sebaliknya memilih seorang yang telah terbukti dapat memberikan khidmat dengan baik dan senantiasa prihatin terhadap rakyat sewajarnya menjadi kriteria pemilihan kepada pengundi.

Jika sekiranya Datuk G.G Palanivel yang telah mewakili kawasan itu selamat empat penggal dicalonkan semula untuk bertanding maka itu pastinya suatu pilihan yang tepat, pastinya seorang yang telah meninggalkan jasa yang besar kepada rakyat. Jika tidak masakan beliau telah empat kali memenangi hati rakyat di kawasan itu.

Selain dari itu jika sekiranya orang ramai terutama kaum India mahukan Samy Vellu berundur maka para pengundi Hulu Selangor hendaklah sepakat, seia sekata memilih Datuk G Palanivel kerana dengan itu beliau berada pada kedudukan yang kuat untuk mengambilalih dengan segera jawatan Presiden dari Samy Vellu.

Samy Vellu tidak ada alasan lagi untuk tidak menyerahkan jawatan itu lebih awal kepada Datuk G Palanivel.

MUSHI ABDULLAH