Thursday, February 5, 2009

Adun Pangkor Datuk Dr Zamry MB Perak Baru





Dengan perkenan Baginda Sultan Perak untuk menerima Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak yang baru. Ternyata kebijaksanaan Baginda Sultan bukan sewenang-wenang untuk menyebelahi mana-mana pihak. Ini terbukti dengan menitahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak , untuk menemui baginda sebanyak 2 kali dengan bukti-bukti yang nyata sebelum memperkenankan BN menubuhkan Kerajaan Negeri.





Minda Aktif menyarankan mana-mana pihak supaya tidak mudah terpengaruh anasir-anasir negatif yang cuba diketengahkan bagi mencemar Intitusi Raja. fikir-fikirkan..







Zambry Janji Kembali Ketenangan Dan Keharmonian

IPOH, 5 Feb (Bernama) -- Bakal Menteri Besar Perak yang baru Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berjanji akan mengembalikan ketenangan dan keharmonian kepada rakyat negeri Perak.

Beliau, yang menjunjung kasih kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana memberi perkenan dan kepercayaan untuk beliau dilantik sebagai Menteri Besar yang baru, menganggap tanggungjawab itu sebagai satu amanah yang harus dipikul dengan sifat kepimpinan yang baik.

"Saya akan lakukan amanah ini dengan sebaik-baiknya. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak serta rakan-rakan terhadap sokongan yang diberikan," katanya pada pemberita di sini malam ini.

Zambry, Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Pangkor, berkata dengan pelantikan beliau yang diperkenankan Sultan Azlan Shah, berharap ia tidak akan menimbulkan suasana dan isu yang tidak baik.

Beliau berkata demikian berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur hari ini bahawa Sultan Perak berkenan dengan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Abdullah juga berkata Zambry akan mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang esok.

Pelantikan Zambry itu dibuat setelah Sultan Azlan Shah menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta setelah baginda menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) dan juga tiga anggota Bebas.

Baginda juga yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

-- BERNAMA