Wednesday, June 2, 2010

SENTUHAN KECIL NAJIB KE ARAH KEMANTAPAN BARISAN NASIONAL.

Tidak berlaku perubahan besar yang dijangkakan oleh orang ramai yang menyentuh kedudukan menteri- menteri UMNO yang menunjukkan Najib mempunyai keyakinan kepada keupayaan mereka untuk meneruskan tanggungjawab bagi membantu memperteguh parti dan juga kepimpinannya. Dengan demikian beliau tidak menampakkan telah membuat kesilapan dalam pelantikan kabinet sebelum ini atau telah melakukannya dengan sewenang-wenang memberikan gambaran bahawa beliau bukanlah seorang yang mudah untuk mengubah pendirian setelah membuat sesuatu keputusan sebaliknya lebih mengutamakan kemantapan kabinet dan kestabilan pemerintahnya.

KOPITIAM TALK
2 Jun 2010

Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah membuat sentuhan halus dan bijak dalam rombakan kecil kabinetnya dengan melantik anak Presiden MCA Chua Tee Yong ( Ahli Parlimen Labis) menjadi Timbalan Menteri dan tidak membawa masuk bapanya Dr. Chua Soi Lek yang mempunyai masalah moral sekalipun telah terpilih menerusi proses demokrasi untuk mengetuai MCA.

Cuma pelantikan Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang menimbulkan persoalan sekalipun wajar dari segi demokrasi parti tetapi tidak dari segi populariti di dalam dan sentimen di luar parti kerana beliau membawa imej Samy Vellu yang kepimpinannya tidak lagi dikehendaki oleh orang India.

Pelantikan Palanivel juga dilihat sebagai Najib menunaikan janjinya kepada Samy Vellu untuk memberikan jawatan menteri sebagai ganti kerana menolak Palanivel bertanding di kawasan Hulu Selangor.

Tidak berlaku perubahan besar yang dijangkakan oleh orang ramai yang menyentuh kedudukan menteri- menteri UMNO yang menunjukkan Najib mempunyai keyakinan kepada keupayaan mereka untuk meneruskan tanggungjawab bagi membantu memperteguh parti dan juga kepimpinannya.

Dengan demikian beliau tidak menampakkan telah membuat kesilapan dalam pelantikan kabinet sebelum ini atau telah melakukannya dengan sewenang-wenang memberikan gambaran bahawa beliau bukanlah seorang yang mudah untuk mengubah pendirian setelah membuat sesuatu keputusan sebaliknya lebih mengutamakan kemantapan kabinet dan kestabilan pemerintahnya.

Pada keseluruhannya beliau telah menaikkan pangkat orang MCA dari mereka yang telah membuktikan kesetiaan kepada parti , berpengalaman, berkeupayaan dan berintegriti dan disegani di kalangan parti.

Pengguguran Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat tidak begitu menyentuh perasaan penyokong penyokongnya kerana musuhnya Chua Soi Lek tidak dilantik menjadi Menteri sekalipun telah dipilih menjadi Presiden MCA . Najib telah mengambil kira perasaan dalam MCA dan beliau telah membuat sesuatu yang boleh membantu merapatkan semula puak yang berselisih dalam parti yang diharapkan akan memulihkan MCA. Semoga ahli-ahli MCA dapat menghayati niat baik Najib.

Dalam penyusunan semula kabinet ini ternyata Naib hanya membuat apa yang perlu dibuat atau terpaksa dilakukan untuk menyumbang kepada persefahaman yang lebih mendalam antara parti-parti komponen BN dan sekali gus menambahkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.


MUSHYI ABDULLAH

(www.malaysiaaktif.com)

Monday, April 5, 2010

Kalau mahu buang Samy Vellu menangkan G Palanivel.

Penamaan calon bukan Melayu atau Melayu tidaklah seharusnya menjadi isu perkauman oleh pihak mana pun sebaliknya memilih seorang yang telah terbukti dapat memberikan khidmat dengan baik dan senantiasa prihatin terhadap rakyat sewajarnya menjadi kriteria pemilihan kepada pengundi.

www.malaysiaaktif.com

KOPITIAM TALK
5 April 2010


Kemenangan seorang calon BN bukan Melayu di pilihan raya kecil Hulu Selangor kelak bukanlah bererti kekalahan kepada orang Melayu tetapi akan membangunkan keyakinan di seluruh negara bahawa rakyat mulai kembali kepada BN untuk meneruskan agenda Melayu di samping mengamalkan Model Ekonomi Baru yang akan lebih adil kepada semua.

Sekalipun PKR meletakan seorang calon Melayu, tetapi kemenangannya kelak akan lebih membimbangkan orang Melayu yang telah dibuktikan oleh tindak tanduk kepimpinannya Anwar Ibrahim yang lebih mengutamakan matlamat untuk mendapatkan kuasa dari menjaga maruah bangsa.

Anwar telah memberikan semangat baru kepada perjuangan Malaysian Malaysia yang dijuarai oleh DAP. Kemenangan setiap calon Melayu PKR adalah memberikan rangsangan baru kepada DAP

UMNO mesti membuktikan kepada bukan Melayu bahawa betapa pun tekanan yang cuba didatangkan ke atas mereka oleh bukan Melayu tetapi UMNO tidak mudah melatah dan melupakan janji untuk bersama dalam konsep berbilang kaum BN.

Maka itu meletakkan seorang bukan Melayu untuk bertanding di kawasan tersebut sewajarnya di pandang dengan positif oleh seluruh orang Melayu di kawasan Hulu Selangor termasuk mereka yang selama ini menyokong parti pembangkang yang telah melihat betapa maruah Melayu diinjak-injak di bawah PKR.

Penamaan calon bukan Melayu atau Melayu tidaklah seharusnya menjadi isu perkauman oleh pihak mana pun sebaliknya memilih seorang yang telah terbukti dapat memberikan khidmat dengan baik dan senantiasa prihatin terhadap rakyat sewajarnya menjadi kriteria pemilihan kepada pengundi.

Jika sekiranya Datuk G.G Palanivel yang telah mewakili kawasan itu selamat empat penggal dicalonkan semula untuk bertanding maka itu pastinya suatu pilihan yang tepat, pastinya seorang yang telah meninggalkan jasa yang besar kepada rakyat. Jika tidak masakan beliau telah empat kali memenangi hati rakyat di kawasan itu.

Selain dari itu jika sekiranya orang ramai terutama kaum India mahukan Samy Vellu berundur maka para pengundi Hulu Selangor hendaklah sepakat, seia sekata memilih Datuk G Palanivel kerana dengan itu beliau berada pada kedudukan yang kuat untuk mengambilalih dengan segera jawatan Presiden dari Samy Vellu.

Samy Vellu tidak ada alasan lagi untuk tidak menyerahkan jawatan itu lebih awal kepada Datuk G Palanivel.

MUSHI ABDULLAH

Wednesday, January 20, 2010

Jangan salah anggap kenyataan Rais

Minda tertarik dengan artikel yang disiar portal Malaysiakini.com mengenai kritikan terhadap Kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Rais, mengenai facebook dan Twitter . Pada pandangan saya kenyataan beliau berasas pada kenyataan yang berunsur negatif dan mengancam keselamatan serta kestabilan negara .

Oleh itu saranan minda jangan la kita buruk sangka ,teliti dahulu sebelum kita melatah..lainlah jika kita menpunyai motif atau agenda tertentu....renung-renungkan la


Guna Kemudahan Facebook Dengan Bertanggungjawab, Kata Rais

SEREMBAN, -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata rakyat Malaysia perlu membentengkan diri dengan sikap tanggungjawab dan pegangan agama sebelum menerima bulat-bulat pemakaian budaya internet seperti Facebook dan Twitter.

Beliau berkata ini kerana seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap apa juga komen atau ulasan yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook atau Twitter termasuk dikenakan tindakan undang-undang.

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia di sini pada hari Sabtu.

Katanya selain itu mereka juga perlu berhati-hati dan menimbangkan kebenaran dan ketepatan maklumat yang dipaparkan dalam internet yang tidak semuanya benar.

"Kita (masyarakat) menerima ini semua (internet) dalam satu keadaan kejutan budaya," katanya sambil mengkritik sesetengah rakyat Malaysia yang suka mencemuh golongan yang tidak mahu mengikuti budaya baru itu.

"Kita jangan lekas sangat `condemn' atau memandang rendah pada mereka yang tidak menggunakan Facebook. Suratkhabar akan tetap relevan, Facebook pun begitu tetapi jangan terima semua isian ini seolah-olah yang lama ini tidak pakai lagi," katanya.

Beliau memuji tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kejayaan mengesan salah laku seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang mendakwa bertanggungjawab membakar sebuah gereja berhubung isu kalimah Allah, di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

"Tahniah kepada SKMM yang meneliti salah laku rakyat kita dalam pemakaian Facebook, Twitter dan SMS. Jadi, saya suka menerangkan sebagai seorang bekas peneliti perundangan negara, pemakaian (menggunakan internet) bukan bermakna kita (boleh) melepaskan diri dari tanggungjawab."

Mengenai gagasan 1Malaysia, beliau berkata lebih banyak program akan disusun untuk menerapkan kefahaman 1Malaysia di kalangan rakyat terutama kepada masyarakat kampung dan pelajar.

-- BERNAMA