Wednesday, June 2, 2010

SENTUHAN KECIL NAJIB KE ARAH KEMANTAPAN BARISAN NASIONAL.

Tidak berlaku perubahan besar yang dijangkakan oleh orang ramai yang menyentuh kedudukan menteri- menteri UMNO yang menunjukkan Najib mempunyai keyakinan kepada keupayaan mereka untuk meneruskan tanggungjawab bagi membantu memperteguh parti dan juga kepimpinannya. Dengan demikian beliau tidak menampakkan telah membuat kesilapan dalam pelantikan kabinet sebelum ini atau telah melakukannya dengan sewenang-wenang memberikan gambaran bahawa beliau bukanlah seorang yang mudah untuk mengubah pendirian setelah membuat sesuatu keputusan sebaliknya lebih mengutamakan kemantapan kabinet dan kestabilan pemerintahnya.

KOPITIAM TALK
2 Jun 2010

Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah membuat sentuhan halus dan bijak dalam rombakan kecil kabinetnya dengan melantik anak Presiden MCA Chua Tee Yong ( Ahli Parlimen Labis) menjadi Timbalan Menteri dan tidak membawa masuk bapanya Dr. Chua Soi Lek yang mempunyai masalah moral sekalipun telah terpilih menerusi proses demokrasi untuk mengetuai MCA.

Cuma pelantikan Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang menimbulkan persoalan sekalipun wajar dari segi demokrasi parti tetapi tidak dari segi populariti di dalam dan sentimen di luar parti kerana beliau membawa imej Samy Vellu yang kepimpinannya tidak lagi dikehendaki oleh orang India.

Pelantikan Palanivel juga dilihat sebagai Najib menunaikan janjinya kepada Samy Vellu untuk memberikan jawatan menteri sebagai ganti kerana menolak Palanivel bertanding di kawasan Hulu Selangor.

Tidak berlaku perubahan besar yang dijangkakan oleh orang ramai yang menyentuh kedudukan menteri- menteri UMNO yang menunjukkan Najib mempunyai keyakinan kepada keupayaan mereka untuk meneruskan tanggungjawab bagi membantu memperteguh parti dan juga kepimpinannya.

Dengan demikian beliau tidak menampakkan telah membuat kesilapan dalam pelantikan kabinet sebelum ini atau telah melakukannya dengan sewenang-wenang memberikan gambaran bahawa beliau bukanlah seorang yang mudah untuk mengubah pendirian setelah membuat sesuatu keputusan sebaliknya lebih mengutamakan kemantapan kabinet dan kestabilan pemerintahnya.

Pada keseluruhannya beliau telah menaikkan pangkat orang MCA dari mereka yang telah membuktikan kesetiaan kepada parti , berpengalaman, berkeupayaan dan berintegriti dan disegani di kalangan parti.

Pengguguran Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat tidak begitu menyentuh perasaan penyokong penyokongnya kerana musuhnya Chua Soi Lek tidak dilantik menjadi Menteri sekalipun telah dipilih menjadi Presiden MCA . Najib telah mengambil kira perasaan dalam MCA dan beliau telah membuat sesuatu yang boleh membantu merapatkan semula puak yang berselisih dalam parti yang diharapkan akan memulihkan MCA. Semoga ahli-ahli MCA dapat menghayati niat baik Najib.

Dalam penyusunan semula kabinet ini ternyata Naib hanya membuat apa yang perlu dibuat atau terpaksa dilakukan untuk menyumbang kepada persefahaman yang lebih mendalam antara parti-parti komponen BN dan sekali gus menambahkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.


MUSHYI ABDULLAH

(www.malaysiaaktif.com)

No comments: