Wednesday, November 12, 2008

Rafidah mahu sertai kabinet Najib?

Minda Aktif sebenar-benarnya cuba mengelak untuk membincangkan tentang isu politik tapi sejak dua tiga hari lepas kebanyakan membincang isu peralihan kuasa Wanita UMNO. Pelik tapi menarik ialah alasan yang dikemukakan oleh Ketua Wanita ,Tan Sri Rafidah ialah demi perpaduan dan pengukuhan parti. Terfikir pula, adakah wanita UMNO sekarang mengalami pepecahan?ataupun pelan strategi Ketua Wanita untuk bertahan lagi.

Namum bila terbaca artikel dibawah pasti membawa persoalan lagi. sebarang orang luar biarlah Wanita UMNO selesaikan konflik ini dengan cara mereka, cuma jangan nanti memberi imej yang negatif kepada parti.

renung-renungkan


Rafidah menaruh harapan kembali ke Kabinet?

PUTRAJAYA 11 Nov. - Tindakan tidak mempertandingkan jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita UMNO atas alasan untuk mengelak perpecahan sayap kanan itu sukar diterima dalam keadaan jawatan nombor dua parti turut dibuka untuk persaingan.

Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Aishah Ghani berkata, beliau tidak nampak alasan kukuh untuk tidak mempercepatkan pelan peralihan kuasa Wanita dari Jun ke Mac melainkan kemungkinan Rafidah masih menaruh harapan kembali ke Kabinet.

''Yalah, era Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), Rafidah tidak terpilih, mana tahu apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih selepas Mac ini, Rafidah kembali ke Kabinet.

''Kalau macam itu, tak apalah, adalah alasan yang kukuh, tapi setakat ini khabar seperti itu tidak pernah pula saya dengar, tapi bagi saya kalau tak ada alasan kukuh kekalkan peralihan kuasa Wanita pada Jun, nampaknya kemungkinan itu tidak boleh ditolak, kalau macam tu baguslah, Rafidah jadi menteri penuh, sandang Ketua Wanita dan dia juga wakil rakyat," katanya.

Beliau ditanya pandangannya terhadap keputusan mesyuarat Exco Wanita semalam memutuskan pelan peralihan kuasa antara Rafidah dan Shahrizat dikekalkan pada Jun 2009.

Mesyuarat dipengerusikan Rafidah yang dihadiri 27 Exco itu juga membuat ketetapan jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan demi perpaduan dan pengukuhan sayap kanan UMNO itu.

Mengulas lanjut, Aishah berkata, tempoh mempercepatkan peralihan dari Jun ke Mac hanya sekitar tiga bulan yang sebenarnya dari kaca mata rakyat dan ahli UMNO, perpaduan dalam Wanita tidak langsung terjejas.

Menurutnya, sekiranya pelan pada Jun dikekalkan, Shahrizat dijangka terus memangku jawatan Ketua Wanita sehingga 2012.

''Kalau jadi pemangku, beliau tidak akan ada kuasa penuh.

''Macam mana hendak pengerusikan mesyuarat Exco Wanita UMNO dan Wanita Barisan Nasional di kala Datuk Dr. Ng Yen Yen yang menyandang Ketua Wanita MCA sendiri pun sudah bertanding dan menang jawatan Naib Presiden MCA," katanya.
(Utusan Malaysia )

No comments: