Thursday, November 27, 2008

Isu Yoga perlu difahami .

Isu tentang yoga telah hangat dihebahkan hampir diseluruh media tempatan minggu ini. Ini semua ekoran dari Fatwa yang dikeluarkan tentang pengharamam Yoga Extrem Cuma diingatkan pengharamam ini hanya bagi umat Islam sahaja. Kita perlu hayati apa nasihan oleh Perdana Menteri kita ,Pak Lah, hayati dahulu sebelum bertindak tidak rasional. Hormatilah amalan kebebasan bersuara cuma jangan melampaui batas dan meyinggung perasaan oarang lain ...fikir-fikirkan -mindaaktif



Fahami dan jangan putarbelit intipati fatwa mengenai Yoga, kata Abdullah

Bernama
26 Nov 2008
KUALA LUMPUR,-- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru.

Perdana Menteri berkata bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.

"Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan," katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan.

Perdana Menteri berkata masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kerana ia adalah berkaitan dengan masyarakat Islam semata-mata.

"Apa yang saya fahami daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah untuk memberi penjelasan kepada umat Islam yang terlibat dalam senaman yoga, " katanya.

Abdullah berkata beliau turut memahami bahawa keputusan untuk melaksanakan fatwa itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Pengumuman mengenai pengharaman yoga untuk umat Islam itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Abdul Shukor Husin pada Sabtu lepas.

-- BERNAMA

No comments: